Khasiat Peria Katak Untuk Kencing Manis

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar? Hari ini nak kongsikan tentang Khasiat Peria Katak Untuk Kencing Manis. Betul ke peria katak ni mampu merawat kencing manis? Macam mana boleh jadi macam tu? Jom baca.

Khasiat Peria Katak Untuk Kencing Manis

Mula-mula sekali nak share dulu sedikit tentang peria katak ni. Kotlah terkejut pula mana tahu tiba-tiba peria katak ni mampu rawat kencing manis kan. Jom check it out.

Actually peria katak ni firstly dijumpai  di kawasan hutan. Tumbuh menjalar dan ada yang kata sayur ini sayur yang paling pahit di dunia. Huhu. Bagus pahit-pahit ni sebenarnya.

Seperti yang Dr. Malinda ada beritahu, ada profesor telah membuat kajian ke atas penduduk Okinawa, Jepun untuk melihat trend kehidupan orang sana since orang sana mempunyai jangka hayat yang paling panjang di dunia. Yang paling jarang terhidap penyakit-penyakit kronik.

Rupa-rupanya mereka mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dengan menjadi vegetarian. Yang hanya makan daging hanya ketika perayaan. Dan salah satu sayur kegemaran mereka adalah sayur peria katak.

Apa khasiat sayur peria katak ini?

  • Mempunyai kalori yang sangat rendah = 17 kcal per 100g.
  • Mempunyai kandungan fiber tinggi.
  • Mempunyai kandungan anti-oksidan antaranya vitamin C, Carotenoid (Leutein dan Zeaxanthin).
  • Sebagai agen anti-penuaan dan anti-kanser.
  • Mempunyai kandungan Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin : yang membantu mengawal gula dalam darah bagus untuk pesakit Diabetes Type II.
  • Mengandungi kandungan mineral  seperti Niacin (vitamin B3), Pantothenic acid (vitamin B5), Pyridoxine (Viamin B6), zat besi, zinc, Manganese dan Magnesium.
  • Selain itu, ia juga membantu menurunkan kolestrol, membantu mencegah sembelit dan mencegah jangkitan penyakit.

Selain itu, peria katak juga mampu merawat beberapa penyakit seperti:

  • Masalah sistem peredaran darah yang kurang sihat seperti toxemia
  • Penyakit taun
  • Kencing manis/diabetes
  • Masalah mata
  • Kurang bertenaga
  • Masalah hati/liver
  • Masalah ketahanan imun badan
  • Penyakit buasir
  • Penyakit psoriasis
  • Gangguan pernafasan
  • Masalah pre-menstrual (senggugut)

dan kami percaya juga yang sayur peria katak ini bagus untuk detoks badan kita since parasit seperti cacing kerawit dan bakteria jahat amat tak suka pada makanan yang pahit. Hehe.

Jadi, kat sini nak kongsi juga 2 resepi yang boleh digunakan untuk mengurangkan rasa pahit kerana bukan semua mampu telan makanan yang rasanya pahit kan? Ini resepinya.

Resepi pertama : Jus Peria Katak

peria katak untuk kencing manis

Bahan-bahannya:

  • Sayur peria katak
  • Sedikit air lemon
  • Sedikit garam dan kunyit

Cara-caranya:

  1. Ambil fresh sayur peria katak, basuh sehingga bersih. Kupas kulit.
  2. Hiris sayur peria katak dan sapukan dengan garam dan kunyit. Biarkan seketika. Perah sayur tersebut untuk keluarkan perasa pahit.
  3. Kemudian, blend sayur yang telah diperah.
  4. Tapis ia dan masukkan ke dalam gelas. Boleh masukkan sedikit air lemon dan sedia untuk diminum.

Eh, mudah pula ha. Bolehlah cuba di rumah sekali seminggu. Oh ya, ada baca ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk minum jus peria katak ini secara kerap kerana khuatir akan berlaku contraction kerana pengecutan uterus akan berlaku dan kelahiran pra-matang boleh terjadi.

Boleh juga jika nak campur dengan buah-buahan atau sayuran lain seperti epal hijau, nenas, lobak merah, halia dan timun. Lebih variasi begitu.

Resepi kedua : Peria Katak Goreng Okinawan (Champuru)

resepi peria katak untuk kencing manis

Bahan-bahannya:

  • Sebiji sayur peria katak
  • 1 blok tofu
  • 200g fillet ayam yang dihiris
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar minyak bijan pekat
  • 1 sudu besar sos soya
  • 1 sudu kecil/kiub stok ayam
  • garam dan lada hitam
  • beberapa biji bijan (optional)

Cara-caranya:

  1. Belah dua sayur peria katak. Buang bahagian biji menggunakan sudu teh.
  2. Hiris sayur, kemudian masukkan ke dalam periuk, rebus bersama sedikit garam.
  3. Rebus sehingga bertukar warna dan tutup api. Toskan.
  4. Keluarkan tofu, toskan airnya. Lap tofu dengan tisu dapur sehingga kering dan potong dadu.
  5. Sapu ayam dengan garam dan lada hitam dan perap seketika.
  6. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam.
  7. Panaskan minyak bijan di atas kuali dengan api sederhana. Masukkan perapan ayam dan masak sehingga hampir masak. Masukkan sayur peria katak dan  tofu dan kacau.
  8. Besarkan api bila air keluar dari tofu. Didihkan sehingga sayur, tofu dan ayam menjadi perang.
  9. Masukkan stok ayam dan sos soya. Kacau.
  10. Ketepikan kesemua bahan di sebelah bahagian kuali, masukkan telur dan kacau sehingga hancur. Kemudian, satukan kembali bahan-bahan tersebut.
  11. Adjust dengan tambah sedikit garam atau lada.
  12. Taburkan bijan yang dah dibakar. Siap untuk dihidang.

Actually resepi ni menggunakan daging perut khinzir. Kami olah untuk halal dimakan. Boleh juga digantikan dengan bacon. Sedap katanya. Juga boleh ditambah sup miso untuk penambahan perasa. Memang ini resepi asli orang Jepun. Hehe. Nak jadi seperti mereka, kena follow mereka.

Since dah share tentang peria katak ni, nak juga share satu produk juga yang mempunyai khasiat yang sama seperti sayur ini. Yang juga mampu menambahbaik kesihatan orang yang terhidap penyakit kencing manis.

Ia mengandungi resveratrol dan polifenol yang mampu membaikpulih sel-sel badan yang telah rosak malah yang telah pun mati sekaligus mengurangkan percentage untuk cucuk insulin.

Untuk tahu lebih lanjut tentang produk yang terbukti dapat membantu atasi masalah kencing manis ini, boleh lah baca di : Resveratrol Mampu Rawat Kencing Manis.

One Reply to “Khasiat Peria Katak Untuk Kencing Manis”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *